Tuesday, August 23, 2016

MaxisONE Club tawarkan Diskaun untuk pembelian atas talian bagi rakyat Malaysia

0

Maxis sedia menawarkan beberapa promosi dan penawaran produk khusus terlebih dahulu kepada pelanggan dibawah Maxis One Club.

Semalam mereka membawa ia setapak lagi kehadapan dengan pengenalan penawaran diskaun sehingga 50% untuk pembelian atas-talian melalui pelbagai rakan kerjasama Maxis.

Melalui penawaran baru ini yang mengalakkan para pengguna membuat pembelian atas-talian, Maxis menawarkan tiga pakej iaitu:

- MaxisOne Club CashBack yang menawarkan duit tunai kembali ke atas pembelian

- MaxisOne Club Pay Day yang menawarkan diskaun sangat tinggi pada penghujung bulan (setiap 28 hingga 30 haribulan) iaitu sehingga hanya RM1 untuk sesetengah produk

- MaxisOne Club Exclusive Deals yang menawarkan beberapa penawaran khusus untuk pembelian produk.

2

Maxis untuk Cashback bekerjasama dengan pihak Shopback yang menawarkan tunai kembali sehingga 50%, sementara untuk perkhidmatan lain mereka bekerjasama dengan sejumlah penyedia perkhidmatan e-dagang tempatan.

Selari dengan ini, pihak Maxis turut akan mengemaskini aplikasi mudah-alih mereka dengan tab khusus untuk menikmati diskaun dan promosi , selain menawarkan pelanggan MaxisOne Plan 128 dan ke atas untuk menikmati Maxis One Club.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET | Distributed By Gooyaabi Templates