Saturday, January 7, 2017

Gambar Asus Zenfone VR yang bakal dilancarkan juga leaked

1

Info penuh mengenai peranti berkenaan masih tidak diketahui buat masa ini. 

Daripada perkongsian Qualcomm, ia dilihat akan dijana menggunakan Snapdragon 821 dalam menawarkan pengalaman realiti-maya yang baik dan selesa untuk pengguna. 

Dengan menggunakan sistem operasi Android, Asus Zenfone VR bakal dilengkapi sokongan DayDream VR – sekaligus membolehkan ia menjalankan aplikasi seperti YouTube, Street View dan pelbagai kandungan lain dalam bentuk realiti-maya.

Disamping itu, @evleaks turut berkongsi mengatakan Asus Zenfone VR ini adalah peranti kedua yang menyokong Project Tango selepas Lenovo sebelum ini. 

2

Melaluinya, ia menawarkan pengalaman AR dengan sokongan beberapa sensor tambahan melaluinya.

Asus dijangka akan mengumumkan peranti ini secara rasminya minggu ini pada acara CES 2017 pada Februari 2017.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET | Distributed By Gooyaabi Templates