Sunday, January 8, 2017

Nokia 6 dilancarkan



HMD Global telah mendapat hak untuk penggunaan jenama Nokia untuk pengeluaran model berkenaan .

Mereka secara rasminya memperkenalkan telefon pintar pertama daripada mereka dibawah jenama Nokia, iaitu Nokia 6.

Nokia 6 ini ditujukan untuk pasaran China sahaja buat masa ini, dan hadir dengan spesifikasi yang rendah.

Nokia 6 menggunakan skrin bersaiz 5.5 inci dengan paparan HD penuh.

Ia turut menggunakan rekaan skrin 2.5D dengan Gorilla Glass. 


Melengkapkan telefon pintar ini adalah cip pemprosesan daripada Qualcomm, iaitu Snapdragon 430.

Selain itu, Nokia 6 menggunakan memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64 GB , serta menjalankan sistem operasi Android 7.0 Nougat.

Ia menggunakan kamera belakang 16 megapixel, serta kamera hadapan 8 megapixel.

Nokia 6 turut hadir dengan sokongan Dolby Atmos untuk kualiti bunyi yang baik.


Nokia 6 hanya diperkenalkan untuk pasaran China sahaja buat masa ini, dan pihak HMD Global menyasarkan untuk memperkenalkan lebih banyak produk baru pada pertengahan pertama 2017 ini.

Nokia 6 ini membawakan spesifikasi pertengahan dan dijual pada harga RM1,100 .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates