Saturday, December 3, 2016

Nokia secara rasminya umum akan keluarkan semula smart phone bermula 2017


Nokia sebelum ini telah mengumumkan perancangan mereka untuk kembali ke arena telefon pintar
dengan melesenkan kepada HMD Global.

Lanjutan daripada pengumuman berkenaan, hari ini Nokia telah pun menambah sebuah halaman khusus pada web rasmi mereka, iaitu halaman mengenai telefon pintar.

Nokia melalui halaman berkenaan mengatakan telefon pintar baru mereka akan hadir pada 2017, dan ia akan menggunakan sistem operasi Android.

Peranti yang bakal diperkenalkan masih menjadi tanda tanya dan misteri lagi.

Ramai yang semestinya nantikan suatu kejutan menarik dari segi rekaan dan penawaran untuk telefon pintar berjenama Nokia ini, apatah lagi memandangkan Nokia turut menyertai ahli lembaga HMD Global berkenaan.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates