Saturday, December 3, 2016

Facebook perkenalkan Instant Games


Dua hari lepas Facebook telah perkenalkan sokongan Instant Games, membolehkan para pengguna memainkan permainan berbentuk HTML5 dan bersaing dengan rakan-rakan terus melalui Facebook Messenger, atau pada News Feed.

Pengguna juga turut boleh memainkannya serta-merta tanpa perlu memasang atau memuat-turun sebarang permainan seperti kebiasaan.

Sebanyak 17 permainan ditawarkan pada hari ini, termasuk antaranya adalah Pac Man, Space Invaders, Words with Friends, dan beberapa yang lain.

Pengguna boleh memainkannya pada web, atau pada aplikasi di Android dan juga iOS. 


Sebaik sahaja habis memainkannya, pengguna boleh berkongsi skor – serta mencabar rakan-rakan lain.

Buat masa ini, sokongan Instant Games ini diperkenalkan di lebih kurang 30 buah negara sahaja.

Facebook mengatakan permainan yang ditawarkan akan diperluaskan dari masa ke semasa.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates