Saturday, December 3, 2016

Samsung Galaxy C7 Pro mungkin bakal dilancarkan tidak lama lagi


Selepas banyak kali dikesan di pangkalan data ujian, Galaxy C7 Pro kini telah dikesan di AnTuTu dan ianya dikatakan hadir dengan kamera hadapan dan belakang dengan resolusi 16 MP.

Selain itu, AnTuTu juga memberikan kita maklumat bahawa Samsung Galaxy C7 Pro akan turut memiliki pemproses Snapdragon 626, Android 6.0.1 dan 4 GB RAM.

Laporan-laporan sebelum ini juga telah mendedahkan bahawa Galaxy C7 Pro akan memiliki skrin paparan berukuran 5.7 inci dengan resolusi 1080p

Bercakap mengenaj tarikh pelancaran, Galaxy C7 Pro dan C5 Pro dijangka akan dilancarkan secara rasmi bulan hadapan dengan pasaran China dijangka menjadi penerima terawal kedua-dua model ini.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates