Tuesday, November 29, 2016

Oppo A57 dilancarkan secara rasmi



Sebuah lagi phone peranti Oppo dilancarkan di China minggu ini dan ia adalah Oppo A57.

Peranti kelas permulaan ini mempunyai skrin 5.2 inci LCD HD, diperkasakan pemproses Snapdragon 435, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. 


Kamera utama pada panel belakang sebesar 16 Megapixel f/2.0 dan dipadankan dengan kamera selfie 13 Megapixel f/2/2.

Melengkapi spesifikasi ialah bateri 2900 mAH yang mengecas peranti menggunakan port MikroUSB.

Android Marshmallow digunakan dengan pelancar Color OS 3.0. 



2 pilihan warna diberikan iaitu emas dan ros merah.

Ia akan mula dijual bermula Disember 2016 dengan harga RM1,033 .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates