Tuesday, August 23, 2016

Unchecky utilti mudahkan pengguna install software yang dikehendaki sahaja


Terdapat beberapa perisian yang akan turut menyertakan toolbar tersembunyi untuk pengguna ketika pemasangan .

Sekiranya anda terlepas pandang, ia akan dipasang pada komputer anda bersama-sama perisian yang ingin dipasang oleh anda.

Untuk mengatasi perkara ini, salah satu perisian yang ingin membantu adalah Unchecky.

Unchecky beroperasi secara latar ketika pemasangan sesuatu perisian, dan ia akan nyah-tanda dan mengelak anda daripada terpasang sesuatu perisian tambahan atau adware. 


Ia beroperasi melalui sebuah pangkalan data yang tersimpan oleh Unchecky, dimana ia menyertakan sejumlah perisian popular.

Ini bermakna, ada kalanya ia tidak akan mengesan penyertaan adware pada sesuatu perisian dan mungkin anda masih perlu memandang skrin pemasangan ketika proses tersebut dilakukan.

Daripada apa yang dilihat, Unchecky menyertakan sokongan untuk pemasangan sejumlah perisian popular, termasuk seperti Utorrent, Java, Real Player, GOM Media Player dan banyak lagi.

Bagi anda yang gemar hanya menekan Next..Next.. sahaja ketika pemasangan perisian, mungkin Unchecky ini akan diminati anda.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates