Tuesday, August 23, 2016

Pengguna Android kini boleh nikmati VPN Percuma dengan Opera VPN


Opera telah perkenalkan apps Opera VPN untuk para pengguna Android.

Opera VPN untuk Android membolehkan pengguna memilih daripada lima lokasi pelayan, iaitu di Amerika Syarikat, Kanada, Jerman, Singapura dan juga Netherlands. 


Melalui penggunaan Opera VPN ini, pihak Opera menekankan kepada sokongan sekuriti, disamping mengatakan pengguna boleh melindungi pelayaran mereka secara maya. 


Aplikasi ini juga turut hadir dengan ciri tambahan seperti kebolehan menghalang paparan iklan ketika menggunakan internet, sekaligus menjimatkan penggunaan data.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, anda boleh memuat-turun Opera VPN hari ini, dan mengaktifkannya secara mudah tanpa memerlukan sebarang pendaftaran akaun.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates