Wednesday, November 2, 2016

Webe menawarkan pelan masa terhad RM79 untuk semua

0

Webe telah menawarkan perkhidmatan telekomunikasi mereka sejak beberapa bulan lepas, dan kini mereka dilihat hadir dengan sebuah promosi khusus dinamakan sebagai #webenow.

Melaluinya, kini pelan Webe ditawarkan pada harga RM79 sebulan kepada semua , dimana anda tidak lagi memerlukan sebarang langganan akaun TM ataupun peranti khusus untuknya.

Sebelum ini, pelan RM79 hanya ditawarkan sekiranya mempunyai langganan akaun TM seperti Unifi, dan jika menggunakan peranti yang menyokong rangkaian mereka.

Dengan penawaran baru ini, mungkin Webe ingin menarik lebih ramai pengguna melanggan perkhidmatan mereka , memandangkan tetapan seperti sokongan peranti yang terhad tidak begitu memudahkan langganan perkhidmatan mereka.

Dari segi penawaran pelan, Webe menawarkan pelan data dan panggilan tanpa had tetapi pengguna terhad untuk menggunakannya hanya pada telefon pintar sahaja.

1

Tiada sokongan tethering ditawarkan dan pengguna perlu membuat pembayaran tambahan sekiranya ingin melanggannya.

Dari segi liputan pula, melalui percubaan kami, rangkaian 4G Webe adalah agak perlahan jikalau dibandingkan dengan sejumlah penyedia telekomunikasi tempatan lain.

Walaubagaimanapun, rangkaian mereka menjadi pantas apabila beralih ke rangkaian 3G , memandangkan mereka menggunakan rangkaian Celcom untuknya.

Webe turut mengatakan pelanggan sedia ada akan turut menerima promosi ini.

Namun, ia tidak dinyatakan sehingga bila bil pengguna akan berharga RM79 ataupun selamanya.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET | Distributed By Gooyaabi Templates