Saturday, August 6, 2016

Pelanggan Streamyx 4Mbps dan 8Mbps kini boleh menikmati langganan iFlix setahun percuma


Telekom Malaysia dan iFlix telah mengumumkan kerjasama sejak daripada tahun lepas, dimana melaluinya mereka membolehkan pelanggan Unifi menikmati langganan iFlix secara percuma untuk tempoh setahun.

Ketika pengumuman, Telekom Malaysia telah mengatakan promosi sama turut bakal hadir untuk pengguna Streamyx. 

Kini, seperti dijanjikan, promosi berkenaan telah pun mula ditawarkan untuk pelanggan Streamyx.

Penawaran ini hanya terhad untuk pelanggan Streamyx yang melanggan pakej pada kelajuan 4Mbps dan 8Mbps sahaja. 

Seperti biasa, pengguna hanya perlu melayari laman iFlix, dan anda akan secara automatik boleh log masuk dan menonton pelbagai kandungan yang ditawarkan melalui iFlix.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates