Wednesday, November 2, 2016

Instagram menguji fungsi untuk pembeli membeli barangan secara terus

0

Instagram sedang menjuji fungsi baru yang membolehkan pengguna membeli barangan tersebut dengan menekan pada gambarnya .

Sebagai contoh, sekiranya sesuatu jenama merakamkan gambar model, maka ia seterusnya boleh tag baju, seluar dan kasut , dimana setiap tag membawa kepada halaman jualan berbeza.

Walaubagaimanapun, untuk membuat pembayaran, ia akan membawa pengguna ke halaman web milik penjual.

1

Pihak Instagram bekerjasama dengan lebih kurang 20 jenama di Amerika Syarikat , dan akan mendapatkan maklumbalas mereka terlebih dahulu.

Fungsi ini akan diperluaskan kepada semua negara pada masa akan datang, selain ia turut diperluaskan untuk menyokong perkongsian video.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET | Distributed By Gooyaabi Templates