Tuesday, August 23, 2016

Lenovo akan sertakan beberapa apps Microsoft pada telefon pintar mereka selepas ini


Microsoft telah mengumumkan kerjasama dengan pihak Lenovo untuk membekalkan apps terbina .

Melalui kerjasama ini, Lenovo akan menyertakan aplikasi Microsoft Office, OneDrive dan Skypesecara terbina pada telefon pintar dan tablet yang menjalankan sistem operasi Android.

Kerjasama ini turut dikatakan meliputi perlesenan paten milik Microsoft untuk digunakan pada peranti Lenovo dan Motorola.


Sebelum ini, beberapa pengeluar lain turut telah melakukan perkara sama, termasuk Samsung, Xiaomi dan sebagainya.

Nampaknya, walaupun Microsoft agak kurang berjaya dengan platform mudah-alih mereka, tetapi mereka berjaya menyertakan aplikasi mereka pada ratus ribu peranti Android seluruh dunia.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates