Tuesday, August 23, 2016

Uber bakal perkenalkan UberEATS di Kuala Lumpur tidak lama lagi


Selain daripada mengendalikan bidang pengangkutan , Uber turut akan menawarkan satu lagi perkhidmatan baru untuk pengguna tempatan yang dinamakan UberEATS.

UberEATS merupakan sebuah perkhidmatan lebih kurang seperti FoodPanda dan lain-lain.

Pengguna boleh membuat tempahan makanan daripada restoran yang anda sukai, dan seterusnya ia akan dihantar kepada pengguna terus di rumah atau pejabat, atau lokasi yang ditentukan.

Buat masa ini, ia tidak lagi diketahui bilakah Uber akan melancarkan UberEATS untuk pasaran tempatan.


Namun, mereka telah mula mencari pekerja dan wakil tempatan dalam memperluaskan UberEATS di Malaysia.

Uber melalui halaman carian kerja mereka mengatakan pekerja yang dicari akan memainkan peranan penting dalam membentuk jenama UberEATS di Kuala Lumpur kelak.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates