Thursday, January 5, 2017

Oppo R9s telah dilancarkan di Malaysia


Oppo R9S telah dilancarkan semalam untuk pasaran Malaysia ..

Oppo R9S mempunyai spesifikasi skrin paparan berukuran 5.5 inci dengan resolusi 1080p dan skrin ini dilapisi gelas perlindungan 2.5D Corning Gorilla Glass 5, pemproses Snapdragon 625, 4 GB RAM, 64 GB ROM, sensor capjari, bateri berkapasiti 3 000 mAh + pengecasan pantas VOOC, dan Andorid 6.0.1 Marshmallow ( Color OS 3.0).


Apa yang menarik pada model R9S ini ialah ianya boleh dikatakan sebagai peranti yang memfokuskan kepada teknologi kamera dan ianya terbukti dengan dua unit kamera 16MP Sony IMX 398 pada bahagian hadapan dan belakang.

Kamera Oppo R9S ini turut hadir dengan teknologi pengstabilan imej elektronik selain dual PDAF yang dikatakan 40% lebih efisen berbanding PDAF yang biasa. 


Harga penjualannya bakal diumumkan tidak berapa lama lagi .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates