Wednesday, January 4, 2017

Vivo V5 Plus akan dilancarkan pada 23 Januari 2017



Model dwi-kamera selfie akan dilancarkan oleh Vivo pada 23 Januari hadapan.

Vivo V5 Plus akan dilancarkan di India pada tarikh tersebut.

Jemputan media sudah dihantar dan mengesahkan penggunaan sistem dwi-kamera.

Tiada maklumat mengenai spesifikasi diumumkan setakat ini. 


Vivo V5 yang dilancarkan di Malaysia pada November 2016 dilengkapi pemproses MediaTek MT6750, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte.

Kamera hadapan V5 adalah sebesar 20 Megapixel.

Kemungkinan besar seperti X9, V5 Plus akan mempunyai konfigurasi kamera hadapan 20 + 8 Megapixel.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates