Wednesday, January 4, 2017

Samsung lancarkan Galaxy A 2017 hari ini


Samsung Galaxy A (2017), meliputi tiga model, iaitu A3 dengan skrin bersaiz 4.7 inci, A5 dengan skrin bersaiz 5.2 inci dan A7 dengan skrin bersaiz 5.7 inci.

Galaxy A 2017 kini hadir dengan rekaan premium berasaskan bingkai logam, dan penggunaan kaca 3D pada bahagian belakang.

Setiap keluarga peranti hadir dalam empat pilihan warna, iaitu hitam, emas, biru dan juga peach.

Buat pertama kali juga, pihak Samsung menyertakan sokongan kalis air pada peranti Galaxy A 2017, membolehkan pengguna menggunakannya ketika hujan renyai, dan beberapa aktiviti lain tanpa risau peranti akan rosak.

Dari segi spesifikasi, Galaxy A7 2017 hadir dengan skrin 5.7 inci Super AMOLED, dijana dengan cip lapan-teras 1.9 GHz, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB.

Ia menggunakan kamera hadapan dan belakang 16 megapixel, selain turut menyertakan sokongan Samsung Pay melaluinya. 


Melengkapkan peranti ini adalah bateri 3600 mAh dengan sokongan pengecasan pantas.

Galaxy A5 2017 pula hadir dengan skrin 5.2 inci Super AMOLED, dan ciri-ciri lain seperti Galaxy A7 2017.

Peranti ini dengan saiz sedikit kecil, ia hanya dilengkapi bateri 3000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas.

Dan akhir sekali, Galayx A3 2017 pula hadir dengan skrin 4.7 inci Super AMOLED, cip lapan teras 1.6GHz, memori 2 GB RAM, ruangan storan 16 GB, kamera belakang 13 megapixel dan kamera hadapan 8 megapixel.

Peranti ini menyertakan bateri berkapasiti 2350 mAh.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates