Saturday, December 3, 2016

Meizu Pro 6 Plus dilancarkan secara rasmi


Peranti Meizu Pro 6 Plus telah dilancarkan .

Ia menggunakan pemproses Exynos 8890 buatan Samsung.

Ini ialah pemproses yang sebelum ini digunakan pada Samsung Galaxy S7 dan Note 7.

Meizu Pro 6 Plus turut dilengkapi skrin 5.7 inci AMOLED QHD, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 128 Gigabyte. 


Sistem skrin 3D Press yang mampu mengesan tekanan digunakan.

Kamera utama adalah sebesar 12 Megapixel dengan sensor Sony IMX386 yang turut menggunakan ISP buatan Samsung.

Bateri 3400 mAh disertakan dan menyokong pengecasan pantas melalui port USB-C.


Terdapat tiga pilihan warna iaitu emas, perak dan kelabu.

Akhir sekali ia mempunyai pengimbas cap jari, nadi dan paparan Always On Display.

Pelancar FlyMe OS 6 digunakan yang berasaskan Android Marshmallow. 

Harga jualan Meizu Pro 6 Plus ialah RM1,945 .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates