Saturday, December 3, 2016

Oppo Hadir perkenalkan smart phone Oppo Edisi Khas Ayda Jebat


Oppo telah memperkenalkan sebuah versi khusus dinamakan sebagai Oppo F1s Ayda Jebat Edition.

Peranti ini diperkenalkan bersempena dengan penyanyi Ayda Jebat yang merupakan salah seorang duta Oppo.

Tetapi yang pelik kenapa tiada model edisi Nora Danish dan Oppo sebaliknya hanya memilih Ayda Jebat untuk edisi khusus ini.

Dari segi spesifikasi, ia masih mengekalkan penawaran menyerupai Oppo F1s biasa, iaitu hadir dengan cip MT6750, kamera belakang 13 megapixel, kamera hadapan 16 megapixel, memori 3 GB RAM, dan ruangan storan 32 GB.

Namun, bersempena dengan Edisi Ayda Jebat, ia turut hadir dengan kerangka khusus Ayda Jebat, penulisan tanda tangan Ayda Jebat pada kerangka belakang, baju T Ayda Jebat, dan juga Ayda Jebat Limited Edition Pendrive.


Oppo menjual Oppo F1s Ayda Jebat Edition ini pada harga RM1,399 di Malaysia , iaitu RM200 lebih tinggi berbanding versi biasa.

Pada yang berminat, boleh mendapatkannya melalui laman jualan rasmi Oppo mulai sekarang kerana ia limited edition dan stok adalah amat terhad .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates