Wednesday, November 2, 2016

Sharp Z2 turut dilancarkan di Malaysia

0

Minggu lepas Sharp telah melancarkan model ini di Malaysia .

Sharp Z2 dikuasakan menggunakan cip pemprosesan 10 teras berkelajuan 2.3 GHz MediaTek Helio X20 dan dengan 10 teras .

Ia berupaya melakukan pelbagai perkara pada satu ketika.

Kapasiti RAM yang terdapat pada peranti ini pula ialah 4GB, sekaligus berupaya membantu pemprosesan yang berat.

Dari segi storan, ia mempunyai kapasiti sebesar 32 GB dan boleh ditambah menggunakan kad SD Mikro.

Dari segi fizikal, paparan skrin peranti ini bersaiz 5.5 inci 1080p dan mempunyai kamera 8 Megapixel f/1.8 dibahagian hadapan.

Kamera utamanya pula mempunyai sensor 16 Megapixel PDAF. 

2

Sharp Z2 juga mempunyai badan besi dan kemasannya membuatkan ia tampak premium.

Badannya pula kelihatan sedikit melengkung, namun tidak begitu ketara.

Antara fungsi lain yang terdapat pada Sharp Z2 termasuklah pengimbas cap jari yang mempunyai pelbagai fungsi, antaranya bagi menyahkunci peranti dan bagi merakam gambar.

Kapasiti bateri peranti ini pula sebesar 3000 mAh dan boleh menyokong penggunaan dwi SIM.

Telefon yang menggunakan Android 6.0 Marshmallow ini boleh diperoleh di pengedar-pengedar utama dan dijual dengan harga RM 1,199 .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET | Distributed By Gooyaabi Templates