Friday, November 4, 2016

Pengguna jalan raya di Selangor boleh buat laporan jalan rosak atau berlubang gunakan Waze

0

Pengguna di Selangor boleh melaporkan keadaan jalan berlubang kepada pihak berkuasa tempatan terus melalui Waze selepas ini .

Melalui projek yang dijangka akan diumumkan secara rasmi pada 21 November 2016 ini , enam majlis perbandaran dijangka menyertainya – termasuk Ampang Jaya (MPAJ), Kajang (MPKJ), Shah Alam (MBSA), Petaling Jaya (MBPJ).

Untuk melaporkan, pengguna hanya perlu melakukan menggunakan aplikasi Waze, dan ia akan menyalurkannya terus kepada pihak berkuasa tempatan.

1

Buat masa ini, terdapat lebih kurang dua juta pengguna Waze di sekitar Lembah Klang, dan semestinya dengan integrasi ini ia akan memudahkan lagi pihak berkuasa tempatan mengenal-pasti jalan raya berlubang dan menurapnya secepat yang boleh.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET | Distributed By Gooyaabi Templates