Rakyat Malaysia habiskan masa 14 jam sehari gunakan telefon pintar dan gajet pintar lain
Menurut bancian yang dilakukan oleh Ernst and Young, secara purata rakyat Malaysia menghabiskan 14 jam sehari menggunakan peranti digital.
Ini ialah kadar penggunaan peranti yang agak dan sudah jatuh ke dalam kategori merisaukan dan perlu diubah segera .
Ini sudah jadi ketagihan dan bukan mencari maklumat lagi .
Pada waktu yang sama lebih 50% responden yang ditemuramah merasakan infrastruktur untuk e-ekonomi negara adalah di belakang negara-negara maju.
Mereka juga menyuarakan ketidakpuasan terhadap perkhidmatan internet yang perlahan tetapi mempunyai harga langganan yang tidak munasabah.
0 comments:
Post a Comment