Vivo X9 pula dilancarkan
Vivo telah melancarkan model ini .
Vivo X9 merupakan telefon pintar terbaru daripada Vivo yang hadir menggunakan dua kamera pada bahagian hadapan.
Vivo menggunakan gabungan sensor 20-megapixel dan juga 8 megapixel pada bahagian hadapan, sekaligus membolehkan pengguna hadir dengan rakaman gambar selfie yang lebih cantik.
Sensor 20 megapixel digunakan untuk rakaman gambar, sementara sensor 8 megapixel pula digunakan untuk rakaman kedalaman.
Ini sekaligus membolehkan pengguna hadir dengan gambar berbentuk bokeh menggunakan kamera hadapan dengan mudah.
Melengkapkan kamera hadapan juga adalah sokongan lampu LED bagi membolehkan anda merakamkan gambar pada pelbagai keadaan cahaya.
Dari segi spesifikasi lain, Vivo X9 hadir dengan skrin 5.5 inci dengan paparan HD penuh, menggunakan cip Snapdragon 625 dan memori 4GB RAM.
Untuk kamera belakang, ia hadir dengan kamera 16 megapixel.
Seperti kebanyakkan peranti baru, Vivo X9 turut hadir dengan sokongan pengimbas cap jari, serta sokongan dwi SIM.
Selain itu , Vivo telah turut melancarkan Vivo X9 Plus.
Vivo X9 Plus hadir dengan skrin 5.88 inci, dijana menggunakan Snapdragon 653, memori sehingga 6 GB RAM, dan bateri berkapasiti 4000 mAh.
Vivo X9 telah mula dijual di China dengan harga bermula RM1,785 .
0 comments:
Post a Comment