Monday, October 31, 2016

Xiaomi Mi VR dilancarkan secara rasmi

0

Selain Xiaomi Mi Note 2 dan telefon pintar konsep Mi MIX ( turut akan dijual), syarikat ini juga telah memperkenalkan Xiaomi VR dengan harga yang amat berpatutan.

Xiaomi VR ini hadir dengan reka bentuk yang sedikit berbeza berbanding set VR bagi telefon pintar yang lain dan ianya mempunyai persamaan dengan Sony Play Station VR.

1

Mi VR ini hadir dengan sensor pengerakan yang mana ianya adalah 16 kali lebih sensitif apabila digunakan dengan peranti berprestasi tinggi khususnya yang hadir dengan pemproses Snapdragon 821.

Selain itu, Mi VR juga hadir dengan satu alat kawalan ‘9-axis inertial motion controller’ dan disertakan dengan siatem operasi khas MIUI VR.

Walaupun hadir dengan spesifikasi yang baik, Mi VR mempunyai harga penjualan yang amat berpatutan iaitu hanya RM122 .

2

3

Xiaomi Mi VR ini boleh digunakan bersama-sama Mi 5, Mi 5S , Mi 5S Plus dan Mi Note 2.

Buat masa ini tiada sebarang maklumat samada peranti ini akan ditawarkan di pasaran luar China ataupun tidak.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET | Distributed By Gooyaabi Templates