BlackBerry DTEK60 dengan fungsi pengimbas cap jari diperkenalkan
Model sebelum ini tiada pengimbas cap jari .
BlackBerry hari ini hadir dengan sebuah lagi peranti yang dibangunkan oleh pengeluar lain, tetapi dijana dengan perisian daripada BlackBerry, iaitu BlackBerry DTEK60.
Seperti beberapa peranti sebelum ini, ia dilengkapi dengan sistem operasi Android, tetapi beberapa fungsi dan aplikasi tambahan daripada BlackBerry.
Peranti bersaiz 5.5 inci ini dilengkapi dengan skrin QHD, dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 820, memori 4GB RAM dan ruangan storan 32 GB.
Melengkapkan peranti ini adalah kamera belakang 21 megapixel dan kamera hadapan 8 megapixel.
BlackBerry turut menyertakan aplikasi seperti BlackBerry Hub, BlackBerry Calendar dan juga papan kekunci pintar mereka.
Selain daripadanya, peranti ini turut menyertakan BlackBerry Convenience Key yang memberikan akses pantas kepada beberapa fungsi dan aplikasi.
BlackBerry Convenience Key ini diletakkan pada bahagian tepi peranti dalam rekaan butang berbentuk bulat.
Disamping itu, peranti ini turut menyertakan pengimbas cap jari pada bahagian belakang untuk sekuriti tambahan.
Buat masa ini, BlackBerry DTEK60 hanya dipasarkan di beberapa buah negara sahaja dan mungkin ditawarkan di Malaysia dalam beberapa bulan lagi.
0 comments:
Post a Comment