Sunday, October 30, 2016

WhatsApp Beta untuk Android sertakan fungsi buat panggilan video

0

WhatsApp beberapa hari lepas telah mengemaskini aplikasi beta mereka untuk Android, 

Kemaskinini terbaru ini menyertakan salah satu fungsi baru dalam bentuk ujian, iaitu kebolehan panggilan video.

Kini, pengguna boleh membuat panggilan video kepada rakan-rakan WhatsApp yang lain dengan menekan pada butang profil mereka, dan memilik ikon panggilan video.

Ia seterusnya akan dihubungkan terus kepada rakan anda, dan anda boleh bersembang dalam bentuk video , berbanding hanya panggilan suara sebelum ini.

1

WhatsApp dilihat turut telah mengoptimasikan sokongan panggilan video bagi membolehkan ia digunakan pada sambungan rangkaian yang lemah.

Buat masa ini, untuk menggunakan fungsi panggilan video, kedua-dua pemanggil dan penerima perlu menggunakan versi WhatsApp Beta terkini untuk Android.

Fungsi ini mungkin diperkenalkan secara meluas kepada semua dalam beberapa minggu lagi.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET | Distributed By Gooyaabi Templates