Monday, October 31, 2016

Asus ZenWatch 3 dikatakan bakal dijual di Malaysia sekitar Disember 2016

0

Model ini dikatakan memasuki pasaran Malaysia sekitar Disember 2016 kelak.

Asus ZenWatch 3 adalah jam tangan pintar dengan rekaan bulat daripada Asus. 

Ia menggunakan skrin bersaiz 1.39 inci dan dilengkapi sistem operasi Android Wear yang membolehkan ia digunakan bersama peranti Android atau iOS.

1

Ia turut dijana Snapdragon Wear 2100 dan memori sehingga 512MB RAM. 

3


Asus mengatakan baterinya mampu bertahan sekitar 2 hari lamanya, dan pengguna boleh mengecas sehingga 60% dalam masa 15 minit.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET | Distributed By Gooyaabi Templates