Lenovo Moto Z Dan Moto Mods akan dilancarkan di Malaysia pada 31 Oktober 2016
Model ini akan dilancarkan di Malaysia secara rasminya pada 31 Oktober 2016 ini.
Waaupun ia telah ditukar daripada Motorola ke Lenovo , ia mengekalkan imej Moto pada modelnya .
Moto Z hadir dengan skrin 5.5-inci dengan paparan QHD, cip Snapdragon 820, memori 4GB RAM dan ruangan storan sehingga 64GB. Ia menggunakan kamera belakang 13-megapixel.
Moto Mods pula merupakan sokongan tambahan pada telefon pintar ini yang membolehkan para pengguna menambah beberapa ciri-ciri tambahan.
Sokongan modular ini adalah lebih baik berbanding dengan LG G5, memandangkan ia menggunakan sambungan berasaskan kepada magnetik berbanding LG G5 yang memerlukan pengguna membuka ruangan dalaman.



0 comments:
Post a Comment