Wednesday, October 26, 2016

Huawei Honor 6X turut dilancarkan secara rasmi


Huawei secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Honor 6X dan ianya turut hadir dengan kamera berkembar yang dilihat diwarisi dari peranti siri Huawei P9.

Honor 6X ini turut hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci yang dilapisi gelas 2.5D, pemproses Kirin 655, GPU Mali T830-MP2, dua pilihan RAM dan ROM iaitu 3GB/32GB atau 4GB/64GB ( turut mempunyai sokongan microSD).

Pada bahagian kamera, Honor 6X ini memiliki satu modul kamera utama 12MP dengan lensa 6P, PDAF manakala kamera kedua adalah 2MP.

Selain itu, Kamera hadapan Honor 6X ini adalah kamera 8 MP .



Honor 6X juga memiliki sensor capjari, slot SIM Hibrid, sokongan VoLTE dan bateri berkapasiti 3340mAh dengan pengecasan pantas.

Honor 6X akan ditawarkan didalam 5 warna iaitu emas, kelabu, perak, biru dan emas ros dengan harga RM621 bagi versi 3GB/32GB .

Bagi versi 4GB/32GB pula harganya ialah RM807 dan RM994 bagi versi 4GB/64GB.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates