Wednesday, October 26, 2016

Kodak melancarkan model kamera fon klasik terbaik dunia dengan nama Kodak Ektra


Kodak secara rasminya telah melancarkan satu telefon pintar baru yang dikenali sebagai Ektra dan satu fakta menarik mengenai nama ini adalah, ianya adalah nama satu kamera 35 mm yang dikeluarkan pada tahun 1941.

Kodak berkata Ektra hadir ke pasaran sebagai peranti yang menawarkan pengalaman kamera tradisional dengan reka bentuk berasaskan kulit ‘faux’.

Bercakap mengenai senjata utama Kodak Ektra ini , ianya memiliki kamera belakang 21 MP dengan aperture f/2.0, OIS , PDAF dan rakaman video 4K. 
 

Selain itu, kamera utama Ektra ini juga disertakan dengan flash LED dwi-tona manakala kamera hadapan adalah 13 MP.

Spesifikasi lain yang dimiliki Ektra adalah skrin paparan 5.0 inci beresolusi 1080p, pemproses Helio X20 daripada MediaTek, 3GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman, slot microSD dan bateri berkapasiti 3000 mAh.


Kodak Ektra akan mula memasuki pasaran United Kingdom pada bulan Disember ini dengan harga penjualan RM2,311 , dan jika mendapat sambutan yang baik, kita mungkin menyaksikan peranti ini ditawarkan dilebih banyak pasaran utama dunia.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates