Wednesday, October 26, 2016

Huawei Mate 9 Pro akan dilancarkan pada 3 November 2016


Huawei dijangka akan melancarkan Mate 9 pada 3 November 2016 ini dan ianya kini dikatakan akan hadir didalam dua versi iaitu versi biasa dan versi ‘Pro’.

Versi biasa Mate 9 dijangka akan hadir dengan pemproses Kirin 960, skrin paparan 1080p berukuran 5.9-inci, 4GB RAM dan dua pilihan memori simpanan dalaman iaitu 64GB atau 128GB.

Bercakap mengenai Mate 9 Pro pula, ianya akan hadir dengan skrin paparan 5.9 inci dengan resolusi QHD, pemproses Kirin 960 dengan RAM dan pilhan kapasiti memori simpanan yang sama dengan tambahan versi 256 GB.


Selain itu, Huawei Mate 9 dan Mate 9 Pro juga dijangka akan hadir dengan sensor capjari dan kamera berkembar 12 MP dengan penjenaman Leica seperti pada P9 dan P9 Plus.

Selain itu, Huawei juga akan menawarkan sistem operasi Android 7.0 Naugat pada Mate 9 Pro manakala Mate 9 hanya akan hadir dengan Android 6.0 Marshmallow.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates