Friday, October 28, 2016

Celcom kemaskini Pelan Pascabayar dengan penawaran 60 GB data pada harga RM160 sebulan


Celcom hari ini iaitu 28 Oktober 2016 , telah memperkenalkan kemaskini untuk pelan pascabayar Celcom First, selain turut hadir dengan pilihan baru yang dinamakan sebagai First Gold Plus. 

Melaluinya, kini Celcom menambah penawaran kuota data, selain turut hadir dengan penawaran baru dinamakan sebagai AnyDayGB.

Melalui kemaskini pelan, kini Celcom First Gold menawarkan pelan pada harga RM80 untuk 20GB data, First Gold Plus yang baru hadir dengan penawarna data 40GB pada harga RM98, dan First Platinum pula hadir dengan penawaran 60GB data pada harga RM150 sebulan. 

Namun, apa yang mungkin tidak digemari ramai adalah kerana semua penawaran data ini dibahagikan kepada dua, dan separuh boleh digunakan sepanjang bulan, dan separuh lagi hanya terhad untuk hujung minggu sahaja.






Untuk mereka yang kurang gemarkan perkara ini, kini Celcom turut menyediakan sebuah penawaran khusus yang dinamakan sebagai AnyDayGB

Pengguna akan perlu melanggan kepada AnyDayGB pada harga RM10 sebulan, dan ia membolehkan pengguna menggunakan data pada penghujung minggu pada bila-bila masa. 

Pengguna perlu melanggan AnyDayGB ini dengan mendail *118#, dan ia hanya ditawarkan untuk pelanggan First Gold dan ke atas.

Disamping penawaran data, semuanya hadir dengan panggilan percuma kepada semua talian tanpa had, WhatsApp tanpa had, dan akses Yonder Music tanpa had.

Untuk pelanggan sedia ada Celcom, semua penaik-tarafan data ini akan ditawarkan bermula bulan November 2016 ini.

14 comments:

  1. wow...celcom sekarang keluar plan yang ada internet data yang banyak...lagipun hanya tambah RM10 sahaja, boleh guna internet yang pada hujung minggu dalam hari biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm ingat kan sms pun unlimited mcm call jugak hahaha tapi rm 10 utk berapa GB? sebab banyak dah tu data yg dorang offer makan ke pakai data korg ni hahaha

      Delete
    2. yang tu RM 10 untuk tukar data internet yang guna pada hujung minggu tu supaya boleh guna dalam hari biasa ...bukan yang cakap rm10 nak beli berapa gb...you sudah salah faham tau

      Delete
  2. Tapi data yg lebih x boleh lagi carry forward rugi la kalau mcm nie... =(

    ReplyDelete
  3. bagi saya, tu memang rugi sebab data ada banyak xboleh guna habis
    bazir data dan duit untuk bayar tiap-tiap bulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh pakai rollover data,yg belum habis pakai boleh guna di bulan depan. bukan ke?

      Delete
  4. lagipun line dia xtau ok tak di kawasan perkampungan...kalau line xok plan dia lagi baik pun xguna

    ReplyDelete
    Replies
    1. abang saya guna celcom plan juga tapi rumah kat kawasan perkampungan...line ok juga dan stable berbanding dengan line telco yang lain xboleh guna di sana...xpayah risau

      Delete
    2. celcom line memang stable kat merata--rata tempat termasuk kawasan perkampungan jika berbanding dengan line telco yang lain tapi you boleh cuba guna plan celcom sebabd xde kontrak guna plan celcom

      Delete
    3. celcom line memang stable kat di merata-rata tempat termasuk kawasan perkampungan berbanding dengan line telco yang lain..lagipun celcom plan xde kontrak jikan guna plan dia

      Delete
  5. Ni berita baik utk ku sbg pengguna Celcom.... @@

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cakap tu berita baik kpd pelanggan celcom..harga plan dia murah sangat lagi ada bagi data yang banyak dengan unlimited calls...siapa yang guna plan celcom dia memang tau benefit guna plan celcom

      Delete
    2. bagi saya memang berita baik tau..i guna fisrt gold plan shj tapi internet ada 20gb sampia i boleh buka hotsport share kat komputer saya untuk tengok movie dan buat kerja sekolah

      Delete

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates