Microsoft perkenalkan Surface Book i7
Surface Book i7 ini merupakan model yang agak berbeza dari Surface Pro, dimana ia membawakan rekaan lebih tebal berbanding Surface Pro kerana ia mempunyai kuasa pemprosesan yang lebih tinggi.
Bagi versi terbaru ini, pihak Microsoft telah menambah kapasiti bateri, dan menawarkan masa bertahan 30% lebih lama dari versi terdahulu iaitu sekitar 16 jam.
Mereka juga turut menggunakan cip pemprosesan Intel Core i7 yang paling baharu dan juga kad grafik Nvidia GeForce GTX 965M.
Surface Book yang baharu ini akan ditawarkan pada tiga kapasiti storan yang berbeza iaitu 256 GB yang akan dijual pada harga RM9,968 , versi 512 GB pada harga RM11,630 dan versi 1 TB pada harga RM12,461.
Ia akan dijual secara pra-tempah bermula 10 November 2016 namun tiada maklumat bila atau adakah ia akan memasukki pasaran Malaysia .
0 comments:
Post a Comment