Asus Zenfone 3 Deluxe mula dijual di Malaysia dengan 6 GB RAM
Asus Zenfone 3 Deluxe hadir dalam dua variasi untuk pasaran Malaysia yang membezakan sedikit dari segi spesifikasi dalaman dan ruangan storan.
Model versi asas untuknya adalah hadir dengan skrin 5.7 inci dengan paparan HD penuh, dijana menggunakan cip Snapdragon 820, 6 GB RAM, kamera belakang 23 megapixel, serta dilengkapi USB C dan menyokong pengecasan pantas QuickCharge 3.0.
Model versi asas ini berharga RM2,599.
Satu lagi model bagi meraka yang inginkan storan bersaiz lebih besar dengan Snapdragon 821, pihak Asus turut menyediakan variasi peranti Zenfone 3 Deluxe dengan 256 GB yang dijual pada harga RM3,299.
Bagi anda yang berminat, boleh membuat tempahan melalui Asus Store, dan ia akan mula dihantar bermula 24 Oktober 2016 kelak.
Untuk model Snapdragon 821 pula, ia hanya dijual melalui kedai fizikal sahaja – bersama-sama dengan model Snapdragon 820 sekiranya anda ingin membeli di kedai fizikal.
0 comments:
Post a Comment