Samsung Gear S3 mula dijual bermula November 2016
Jam tangan pintar Samsung Gear S3 diperlihatkan kepada umum pada acara IFA September 2015 lalu.
Ia akhirnya akan mula dijual pada bulan hadapan iaitu November 2016.
Buat masa ia hanya akan dijual di Amerika Syarikat dan Eropah pada harga jualan sekitar RM1,510.
Terdapat dua model dihasilkan iaitu Gear S3 Frontier dan S3 Classic.
Versi Frontier kelihatan lebih bergaya kerana menyerupai rekaan jam analog mewah di pasaran.
S3 Classic pula mempunyai rekaan lebih santai.
Kedua-duanya dilengkapi skrin 1.3 inci Super AMOLED pada resolusi 360×360, cip pemprosesan dwi-teras 1.0 GHz, memori 768 MB RAM dan ruangan storan 4 GB.
Rekaan skrin bulat dengan roda berputar dari Gear S2 dikekalkan.
0 comments:
Post a Comment