Tuesday, September 13, 2016

Xiaomi Mi 5 Extreme dilancarkan


Di China Xiaomi Mi 5 Extreme dihasilkan untuk mereka yang mahukan versi yang lebih berkuasa. 

Ia mengekalkan pemproses Snapdragon 820 tetapi dengan kelajuan 2.15 GHz berbanding 1.8 GHz pada versi standard.

Cip grafik Adreno 530 kini berfungsi pada kelajuan 624 MHz berbanding 501 MHz sebelum ini. 


Kelajuan RAM 3 Gigabyte yang digunakan juga dipertingkatkan ke 1866 MHz dari 1333MHz.

Tiada peningkatan diberikan kepada kapasiti bateri yang kekal dengan 3000 mAh.

Versi ekstrem ini hanya boleh dipesan melalui laman GOME dan dijual pada harga RM1,225 .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates