Tuesday, September 13, 2016

Samsung Galaxy Tab A 2016 dengan S-Pen diperkenalkan


Galaxy Tab A 2016 dilengkapi S-Pen, sekaligus membolehkan pengguna membuat catatan nota dan lakaran melalui aplikasi Samsung Notes. 

Ia sangat sesuai bagi anda yang inginkan alternatif skrin bersaiz besar berbanding dengan Galaxy Note 7.

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin 10.1-inci dengan paparan 1080p, cip pemprosesan Exynos 7870, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB.

Pengguna boleh memperluaskan ruangan storan melalui penggunaan kad mikro-SD sehingga 256GB.

Melengkapkan tablet ini juga adalah sokongan rangkaian 4G LTE, kamera belakang 8-megapixel, dan bateri berkapasiti 7300 mAh yang menawarkan masa penggunaan sehingga 14 jam lamanya.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates