Tuesday, September 13, 2016

Telefon yang telah di Jailbreak atau Root tak akan dapat mainkan Pokmeon Go


Peranti yang telah di Root dan Jailbreak membolehkan pemilik menambah fungsi baru yang tidak wujud pada peranti asal.

Pada Android ini membolehkan pelbagai ROM digunakan mengikut selera.

Pada iOS ia membawakan kustomasi antaramuka.

Sekiranya anda meminati dua aktiviti ini, anda perlu mengucapkan selamat tinggal kepada Pokemon GO.

Kemas kini yang terbaru menyebabkan peranti yang telah di Root dan Jailbreak dihalang memainkan aplikasi ini.

Selepas aplikasi dilancarkan pengguna akan menerima notifkasi “This device, OS, or software is not compatible with Pokemon Go”.

Tindakan menghalang akses ini diambil oleh Niantic kerana mahu mengurangkan masalah penipuan oleh pemain yang amat berleluasa.

Selain daripada itu kemas kini turut memperkenalkan fungsi Buddy Pokemon, memperbaiki pepijat menetaskan telur dan menambahkan kestabilan aplikasi.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates