Thursday, September 8, 2016

PlayStation 4 dengan rekaan 'slim' turut akan dijual tidak lama lagi


PlayStation 4 baru ini dengan rekaan bersaiz lebih 30% kecil berbanding sebelum ini, dan menggunakan kurang 28% tenaga berbanding sebelum ini. 

PlayStation 4 baru ini akan menggantikan penawaran PlayStation sedia ada di pasaran.

Di Malaysia, PlayStation 4 ini akan dijual pada harga lebih rendah berbanding sebelum ini iaitu RM1349.

Konsol ini hanya akan dijual di Malaysia bermula pertengahan Oktober 2016 kelak.

PlayStation 4 versi 1TB pula akan dijual pada tarikh yang lebih kurang sama pada harga RM1499.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates