Thursday, September 8, 2016

Apple Watch Series 2 akan turut dijual tidak lama lagi


Apple Malaysia telah umumkan kemaskini harga jualan untuk Apple Watch Series 1.

Selain itu mereka turut berkongsi harga jualan tempatan untuk Apple Watch Series 2.

Apple Watch Series 2 akan ditawarkan dalam 3 variasi berbeza, dan satu lagi yang turut ditawarkan oleh Apple adalah Apple Watch Series 2 dengan Nike Sport Band.

Apple Watch Series 2 versi asas hadir pada harga RM1649 bagi versi 38m, sementara untuk 42mm pula berharga RM1749. 

Apple Watch Series 2 dengan Nike Sport Band juga turut dijual pada harga yang lebih kurang sama.


Apple menawarkan beberapa variasi produk mereka, sehingga pada harga RM5949.

Bersama-sama perkara ini, Apple juga dilihat telah menamatkan jualan Apple Watch Edition iaitu jam tangan pintar versi emas mereka yang dijual pada harga lima angka.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates