Thursday, September 8, 2016

iPhone 7 diperkenalkan secara rasmi


iPhone 7 ini mempunyai rekaan kalis air dan juga debu , membolehkan pengguna menggunakan telefon pintar ini walaupun hari hujan.

Disamping itu, Apple juga tidak menyertakan lagi butang Home seperti sebelumnya, tetapi kini digantikan dengan butang berbentuk statik yang dijana menggunakan Taptic Engine.

Melaluinya, ia memberikan tindak-balas seumpama pengguna menekan butang apabila tekan padanya.

Apple turut memfokuskan kepada kemaskini kamera belakang, dimana ia kini hadir dengankamera 12-megapixel pada bahagian belakang dengan aperture f/1.8.

Melengkapkannya juga adalah penstabil imej-optikal, dan juga Flash empat-tona.

Pengguna kini turut boleh merakamkan gambar RAW melalui kamera belakang. Untuk kamera hadapan pula, ia menggunakan sensor 7-megapixel.

Dari segi rekaan, iPhone 7 membawakan rekaan yang lebih kurang sama seperti iPhone 6 sebelum ini.

Ia masih mengekalkan sokongan 3D Touch, dan Apple mengatakan skrin pada iPhone 7 adalah 25% lebih terang berbanding dengan sebelum ini.

Apple iPhone 7 juga turut hadir dengan speaker stereo, dan ia menggunakan skrin bersaiz 4.7 inci.

Apple mengatakan iPhone 7 menawarkan masa bertahan bateri yang lebih lama berbanding semua iPhone sebelum ini.

Apple iPhone 7 dengan ruangan storan 32GB yang mula akan dijual dahulu dengan harga yang smaa seperti model sebelum ini iaitu .

Model ini bakal dijual dalam 3 variasi storan iaitu 32 GB , 128GB dan 256GB.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates