Thursday, September 8, 2016

iPhone 7 Plus turut dilancarkan secara rasmi


iPhone 7 Plus hampir sama rekaannya dengan iPhone sebelum ini .

Perbezaan besarnya ialah ia mempunyai 2 kamera di bahagian dibelakang .

Apple menyertakan sokongan perisian khusus untuk dwi-kamera ini, yang mana membolehkan ia merakamkan data tambahan dalam menghasilkan gambar yang lebih cantik dan jelas.

Apple memanggil lensa kedua ini sebagai Telephoto, dan ia juga turut membolehkan pengguna zoom pada gambar dengan jelas tanpa kehilangan sebarang perkara pada gambar berkenaan.

iPhone 7 Plus membawakan skrin bersaiz 5.5 inci, dan turut menyertakan masa penggunaan bateri yang lebih lama.

Spesifikasi lain lebih kurang dengan spesifikasi iPhone 7 iaitu kalis air dan juga debu, kebolehan rakaman RAW, butang Home berasaskan sensitif tekanan, dan tiada lagi sokongan audio-jack – tetapi digantikan dengan penggunaan berasaskan Lightning.

Seperti iPhone 7, Apple iPhone 7 plus ini turut hadir dengan tiga storan berbeza, bermula 32GB, 128GB dan juga 256GB.

Ia akan dijual di beberapa buah negara lain terlebih dahulu sebelum mula dijual di Malaysia.

Dari segi harga, Apple mengatakan ia akan dijual pada harga bermula sama seperti Apple iPhone 6S sebelum ini.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates