Thursday, September 1, 2016

Komputer yang boleh muat poket iaitu Asus VivoStick mula dijual di Malaysia


Asus VivoStick hadir dengan sambungan berasaskan HDMI , lebih kurang seperti Chromecast, dan boleh dihubungkan ke sebarang monitor atau TV yang menyokongnya.

Dari segi spesifikasi, ia menggunakan cip Intel Atom dengan memori 2GB RAM, ruangan storan 32GB, serta menjalankan sistem operasi Windows 10.


VivoStick ini turut hadir dengan sokongan Wifi untuk sambung ke internet, Bluetooth untuk sambung ke papan kekunci dan tetikus, selain sambungan port USB 3.0 dan USB 2.0, serta sebuah audio-jack.

Bagi anda yang berminat dengan komputer bersaiz mini bagi digunakan sebagai hab hiburan di ruang tamu dan sebagainya, mungkin boleh semak Asus VivoStick yang kini dijual pada harga RM699.




0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates