Thursday, September 1, 2016

Lenovo Moto Z Play dengan Snapdragon 625 dilancarkan


Ia ialah sebuah gajet kelas pertengahan dan mengekalkan rekaan yang ditemui pada Moto Z sebelum ini .

Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 5.5″ SAMOLED HD penuh, diperkasakan pemproses Snapdragon 625, RAM sebesar 3 Gigabyte dengan pilihan storan 32/64 Gigabyte.

Kemampuan optik pula ialah kamera utama 16 Megapixel dengan PDAF dan kamera hadapan sebesar 5 Megapixel.

Sebuah flash disertakan pada bahagian hadapan peranti. Baterinya sebesar 3510 mAh membekalkan kuasa kepada peranti dengan sokongan pengecasan pantas.

Dua slot SIM bersaiz nano boleh digunakan serentak kerana tidak berkongsi dengan kad MikroSD yang turut disokong.


Berbeza dengan model sebelum ini iaitu Moto Z , Moto Z Play dilengkapi bicu audio 3.5mm pada bahagian bawah peranti.

Di bahagian yang sama terdapat port pengecasan USB-C.

Panel belakang diperbuat daripada kaca dengan lensa kamera terbonjol keluar sedikit mengakibatkan ia tidak boleh diletakkan secara rata pada permukaan meja.

Bagi mereka yang memerlukan pengimbas cap jari, ia disertakan pada bahagian dagu dengan rekaan aneh berbentuk segi empat sama.

Moto Z Play menggunakan sistem operasi Android 6.01.

Harga jualannya bermula dari RM2,280 .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates