Thursday, September 1, 2016

Lenovo Yoga 910 diperkenalkan dengan bingkai skrin nipis yang seksi


Lenovo Yoga 910 menggunakan rekaan bingkai skrin yang sangat nipis dan turut hadir dengan pilihan paparan resolusi 1080p ataupun 4K. 

Dengan rekaan bingkai skrin yang nipis ini, ia sekaligus membolehkan saiz komputer riba berkenaan menjadi lebih kompak dan kecil berbanding komputer riba lain.

Lenovo Yoga 910 ini dijana menggunakan cip Intel Core generasi ketujuh, dilengkapi memori sehingga 16GB RAM dan ruangan storan sehingga 1TB SSD.

Dari segi masa penggunaan bateri, Lenovo mengatakan Yoga 910 ini menawarkan masa penggunaan sehingga 15.5 jam lamanya.

Lenovo Yoga 910 ini membawakan rekaan skrin yang boleh diputarkan sekaligus membolehkan ia digunakan dalam beberapa mod berbeza.


Berbeza dengan Dell yang memposisikan kamera hadapan dibawah, Yoga 910 mengekalkannya pada bahagian biasa pada komputer riba iaitu di tengah.

Untuk tujuan sekuriti tambahan, Lenovo turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari pada komputer riba ini.

Lenovo Yoga 910 ini akan dipasarkan bermula bulan Oktober 2016 ini pada harga bermula RM5,308.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates