Friday, September 9, 2016

Gambar Samsung Galaxy Tab A 2016 mula leak di internet


Samsung dikhabarkan bakal mengeluarkan satu tablet baru yang dilengkapi dengan S-Pen, tetapi kali ini menggunakan nama Galaxy Tab A 2016.

Tablet baru ini akan membawakan skrin bersaiz 10.1-inci, dijana menggunakan cip pemprosesan Exynos 7870, memori 2GB RAM dan ruangan storan 16GB. Seperti pada Galaxy Note 7, tablet ini turut akan menggunakan Android 6.0 Marshmallow.

Samsung turut dijangka akan menyertakan S-Pen yang sama seperti pada Galaxy Note 7, sekaligus menawarkan pelbagai sokongan catatan dan lakaran seperti terdapat pada phablet berkenaan.


Buat masa ini,tidak diketahui lagi bila Samsung akan melancarkannya secara rasmi.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates