Friday, September 9, 2016

Twitter tambah fungsi paparan notifikasi mesej yang telah dibaca

Direct Message merupakan perkhidmatan permesejan peribadi yang disediakan oleh Twitter pada perkhidmatan mereka. 

Hari ini, mereka turut menambah beberapa fungsi baru, sekaligus menjadikan ia beroperasi seumpama sebuah perkhidmatan permesejan penuh seperti yang lain.

Melalui fungsi baru yang diperkenalkan hari ini, kini Twitter memaparkan notifikasi apabila sesuatu mesej telah dibaca , lebih kurang sama seperti pada Facebook Messenger atau WhatsApp.


Disamping itu, Twitter turut menambah sokongan memperlihatkan apabila rakan anda sedang menaip mesej balas di Direct Message, dan turut memaparkan pautan dengan pra-lihat seperti pada Tweet di garis masa.

Pengenalan fungsi baru ini semestinya mungkin tidak disukai oleh sejumlah pengguna , terutamanya fungsi memaparkan notifikasi apabila mesej telah dibaca.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates