Friday, September 9, 2016

BlackBerry Hub+ kini boleh didownload oleh semua pengguna Android 5.0 dan ke atas


Blackberry telah mula menawarkan aplikasi BlackBerry Hub+ ini untuk semua peranti Android 5.0 dan ke atas.

Dengan pengenalan ini, ia membolehkan lebih ramai menggunakan dan mencuba penawaran yang disediakan oleh BlackBerry berkenaan.

BlackBerry Hub+ ini memerlukan peranti dengan 2 GB RAM dan keatas.

Melaluinya, pengguna boleh menguruskan pelbagai komunikasi pada satu aplikasi , termasuk SMS, emel dan juga laman sosial.


Disamping itu, BlackBerry juga turut menawarkan BlackBerry Calendar dan BlackBerry Password Keeper untuk pengguna Android.

Aplikasi ini ditawarkan secara percuma selama 30 hari, dan kemudiannya pengguna boleh memilih untuk menggunakannya dengan sokongan iklan ataupun membayar $0.99 sebulan.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates