Thursday, September 8, 2016

LG V20 dilancarkan secara rasmi


LG V20 telah dilancarkan dan ia dilengkapi tiga kamera iaitu satu di hadapan dan dua di belakang .

Untuk memahami bagaimana canggihnya kamera LG V20 ini , sila lihat video dibawah .



Pada waktu yang sama LG V20 ialah peranti pertama menggunakanAndroid Nougat.

Teknologi dwi skrin ini terlebih dahulu diperlihatkan pada LG V10.

Terdapat sebuah skrin mini di atas skrin utama yang sentiasa terpasang. 


Ia akan memaparkan notifikasi dan boleh digunakan untuk melancarkan aplikasi dengan pantas ketika skrin utama tidak aktif.

Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 5.7″ Quantum IPS QHD, pemproses Snapdragon 820, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 64 Gigabyte.

Penambahan storan menggunakan kad MikroSD sehingga 2 Terabyte disokong. Kamera belakang berkembar dilengkapi lensa 16-Megapixel f/1.8 dan 8-Megapixel f/1.8 .

Kamera 8 Megapixel dilengkapi lensa sudut lebar 138 darjah.

Sistem pemfokusan PDAF, laser dan contrast digunakan bagi menghasilkan gambar yang lebih tepat.


Kamera hadapan pula sebesar 5 Megapixel dengan lensa sudut lebar 120 darjah.

Selain kemampuan kamera yang tinggi, V20 juga direka untuk penggemar audio.

Sistem Hi-Fi Quad DAC 32-Bit disertakan dengan sokongan Bang & Olufsen Play bagi memberikan tetapan audio terbaik.

Bateri 3200 mAH yang boleh ditanggalkan menjadi sumber kuasa dengan sokongan pengecasan pantas Quick Charge 3.0 menggunakan port USB-C.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates