Thursday, August 25, 2016

ZTE Axon 7 bakal dilancarkan di Malaysia pada 1 September 2016


ZTE Malaysia mengesahkan mereka akan memperkenalkannya pada 1 September 2016 kelak.

ZTE Axon 7 merupakan telefon flagship terkini daripada ZTE, menawarkan spesifikasi yang tinggi – iaitu dilengkapi dengan Snapdragon 820.

Selain daripada itu, peranti ini juga menggunakan kamera 20-megapixel dengan penstabilan imej optikal, dan turut memfokuskan sokongan audio melalui Dolby ATMOS & Dolby Digital Dual Surround Speaker.

ZTE dijangka akan membuat pengumuman berkaitan harga jualan dan tarikh jualannya di Malaysia pada tarikh berkenaan.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates